Sabtu, 22 Mac 2014

Tips Tips Mengurangi Stress pada waktu pagi


Hai .. lama sungguh PIKAH tak buat blog .. apa ii pun adakah anda selalu stress pada waktu PAGI kerana memikir- mikirkan tentang kejadian pada hari sebelumnya ?
Jika kita gagal menetapkan masa , pagi hari boleh menjadi bahagian yang paling stress dari seharian waktu yang kita jalani . Banyak dari kita sering terburu - buru di pagi hari dalam persiapan berangkat kerja atau sekolah . Sebetulnya tidak harus seperti ini . Dengan sedikit pengurusan masa yang baik , hal ini boleh dielakkan .

Berikut adalah 10 langkah untuk mengurangkan tahap stress anda di pagi hari :

1 . Buatlah persiapan di malam hari secara rutin .
Siapkan pakaian yang hendak anda pakai di esok hari , jangan menaruh kunci motor / kereta sembarangan -taruhlah di tempat khusus , merancang sarapan pagi anda dengan menu yang berkhasiat , dsb . Tindakan
- tindakan sederhana ini pikah fikir tidak akan memakan masa anda lebih dari ½ jam setiap malamnya dan ini saya yakin akan mengurangkan sebahagian besar kepeningan anda setiap pagi .


2 . Rancang apa yang akan anda lakukan .
Setiap malam , tulislah agenda - agenda penting esok hari yang perlu anda lakukan seharian penuh . Ketika anda menulis , jauhkan perasaan bimbang yang menghantui fikiran anda : bagaimana kalau ini , bagaimana kalau itu . Tuliskan saja rencana - rencana anda dan pukul berapa anda akan melakukannya .
-kalau student .. buat lah persiapan note book .. (chech mark) contoh :- Baju dah Iron siap (tick), buku dah dijadualkan(tick) .. dll
-taklah nak kelam kabut yang sehinggakan kawan menunggu kita .. 

3 . Hilangkan akan hal - hal menjengkelkan yang sudah anda ketahui .
Jika penggera jam anda mengeluarkan suara yang mengerikan , pisau cukur elektrik anda sering melukai kulit , kereta / motor anda sukar distarter di pagi hari ... akan perbaiki dan hilangkan faktor - faktor penyebab stress ini dari kehidupan anda . Jika anda telah mengetahui hal - hal tersebut sering menjengkelkan anda , tidak ada alasan bagi anda untuk menunda - nunda memperbaiki masalah tersebut .


4 . Rehat yang baik di malam hari .
Pastikan anda cukup tidur setiap malamnya . Tentukan jam berapa anda akan mula masuk ke bilik tidur anda . Jumlah masa tidur yang disyorkan untuk orang dewasa adalah 7 jam sehari . Jika membolehkan aturlah suhu bilik tidur anda , jangan sampai anda tidur dalam keadaan kedinginan atau kepanasan . Suhu bilik yang baik adalah antara 18 - 25 darjah celcius .
Jika anda meminum kopi , aturlah masa minum kopi anda . Jangan sampai anda terlalu sore mengambilnya , sehingga anda akan kesulitan tidur di malam hari . Kesan kafein dari kopi bekerja selepas 5-6 jam anda mengambilnya .


5 . Bangunlah ½ jam lebih awal .
Masa ½ jam boleh membuat perbezaan yang ketara antara anda menjalani pagi hari dengan tenang atau terburu - buru . Selama anda mempunyai waktu rehat yang cukup , bangun ½ jam lebih awal bukanlah perkara yang sukar dan anda akan terbiasa dalam beberapa hari ke depan . Gunakan masa ½ jam ini untuk melemaskan otot - otot anda , mandi air panas , sarapan pagi dengan tenang dan melakukan hal - hal lain di luar dugaan .


6 . Minumlah segelas air putih selepas bangun tidur .
Tubuh kita tersusun dari 60 - 70 % cecair . Jadi air adalah komponen yang sangat penting dan anda tidak boleh sampai terkena dehidrasi ( kekurangan cecair ) . Jika anda kekurangan cecair maka darah anda akan mengental dan hal ini mengakibatkan jantung anda mengepam darah 2 x lebih keras . Kesannya anda boleh terkena keletihan baik mental maupun fizikal .
Ketika anda tidur panjang di malam hari , badan anda akan kekurangan cecair , sehingga penting sekali apabila anda bangun , anda langsung meminum banyak air putih .


7 . Lakukan pelemasan otot - otot anda selama 5-10 minit di pagi hari .
Apakah anda merasa sedikit terhuyung-huyung/pening ketika anda bangun ? Jangan takut , ini adalah hal yang normal . Yang perlu anda lakukan adalah membantu melancarkan aliran darah anda , sebagai peralihan dari keadaan tubuh yang kaku selepas anda tidur .
Lakukan pelemasan - pelemasan seperti menarik kedua tangan anda keatas kemudian menggerakkannya ke kiri dan kanan , menarik lutut anda , berjinjit , dsb . ( pikah yakin anda mengetahui gerakan - gerakan dasar senam pagi ) . Anda juga boleh melakukan sit - up atau push - up jika mahukan .


8 . Dengar muzik dan mandilah air hangat .
Muzik boleh mempengaruhi fikiran secara positif , sehingga akan memotivasi anda . Pilihlah lagu - lagu yang membuat anda merasa ceria dan bersemangat sambil anda melakukan aktiviti di pagi hari .
Sementara mandi air hangat adalah sebuah pengalaman yang boleh membuat anda merasa tenang di pagi hari dan membuat badan anda menjadi enteng .


9 . Rapihkan tempat tinggal anda .
Aturlah penempatan - penempatan barang dalam rumah anda sedemikian rupa sehingga anda mengetahui persis di mana letak barang - barang milik anda . Taruhlah kembali pada tempatnya barang - barang yang sudah anda gunakan . Sehingga jika anda hendak menggunakannya , anda tidak perlu mencari ke sana ke mari yang boleh membuat anda menjadi stress .


10 . Bagi anda yang memandu kereta / motor , jangan pulang ke rumah dengan keadaan petrol yang hampir kosong .
Mengisi petrol setelah anda selesai bekerja bukanlah perkara yang sukar bukan ? Tetapi mengapa banyak orang menunda melakukannya ? Mungkin kerana alasan ingin segera sampai di rumah atau keadaan tubuh anda yang sudah sangat lelah sehingga malas mampir ke stesen minyak .
Dengan kesibukan di pagi hari ditambah anda harus mampir terlebih dahulu ke stesen minyak , anda boleh terlambat memulakan aktiviti anda , dan tentu saja hal ini bukan awal yang baik .
Selalu periksa tahap kekosongan petrol anda semasa perjalanan pulang dan lengkapkan petrol anda segera , jangan menunda .

Hidup ini sangatlah singkat , aturlah masa anda dengan berkesan . Mungkin akan ada beberapa pengecualian , namun kesepuluh langkah diatas akan sangat membantu anda mengatasi sebahagian besar stress di pagi hari dan .... kelak anda akan lebih banyak mengucapkan syukur .Sekian saja tips II yang pikah berikan mengenai tips tips mengurangkan stress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan